Suami kepada penyanyi Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi berkata isterinya bukan saja mahu membantu kanak-kanak di Gaza tetapi untuk memberi makan kepada kucing jalanan di sana.
Memetik mStar Online, Mahadi berkata isterinya sudah membawa banyak makanan kucing sebelum memulakan misi berkenaan namun ada sebahagian bekalan makanan rosak akibat masalah pada bot ketik pelayaran.
BACA: “Aku Mencintaimu Kerana Allah” – Suami Anggap Heliza Helmi Bidadari Syurga
“Dia tak sabar nak jumpa kanak-kanak dan anak-anak kucing di Gaza. Dia siap bawa makanan kucing yang banyak ke sana.
“Disebabkan perkara itu dia sedih sampai menangis tak dapat bawa makanan kucing yang rosak itu ke sana,” katanya.
Menurut Mahadi lagi, isterinya sentiasa berkongsikan perkembangan sepanjang pelayaran bersama Global Sumud Flotilla itu sekaligus membuatkan dirinya tenang.
“Bagusnya Heliza dia sentiasa kemas kini pada saya dan keluarga tentang apa yang berlaku. Perkara itu antara yang buat saya tenang,” katanya.
Sumber: mStar Online