Perkongsian pelakon Nur Fazura menjadi perhatian sempena ulang tahun kelahirannya ke-42 yang jatuh pada hari ini 27 September.
Menerusi hantaran itu, Fazura berkata hadiah terbesar buat dirinya adalah dapat menjalani hidup dengan ketenangan serta bahagia bersama anaknya.
BACA: “Fazura & Amira Ada Keistimewaan Masing-Masing, Dua-Dua Kawan Saya”
“Hadiah terbesarku.. menjalani hidup ini dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan bersama mu di dunia dan akhirat ku,” tulisnya.
Diruangan komen rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon berkenaan serta menitipkan doa buatnya.