Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa syukur dapat menunaikan zakat pendapatan untuk separuh tahun Januari hingga Jun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida turut kagum dengan anak sulungnya, Ammar Ahyan berjaya menjalankan tanggunjawab menyampaikan bantuan zakat bagi pihak mereka.
BACA: “Saya Kena Raba Di Pinggang, Ketiak” – Ammar Ahyan Dedah Kena Raba
“Syukur alhamdulillah tercapai impian mama dengan papa menunaikan zakat pendapatan untuk separuh tahun 2025 januari sehingga Jun kepada Lembaga Zakat Selangor.
“Malang nya mama dengan papa tak dapat hadir atas urusan lain. Jadi kami wakil kan Ammar Ahyan untuk ke majlis hari ini.
“Dah pesan awal awal dah protokol untuk majlis, takut dia kekok. Tapi Alhamdulillah awak nampak sangat matang Ammar,” katanya.
Dalam pada itu, Shahida berharap agar sumbangan zakat mereka dapat memberi manfaat kepada golongan Asnaf di Selangor.