Pelakon Haneesya Hanee menjawab pertanyaan mengenai kontroversi terpalit dirinya lapan tahun lalu apabila tular video memaparkan dia berada di kelab malam.

Menerusi podcast No Filter 2, Haneesya berkata selepas sekian lama akhirnya ada yang bertanyakan mengenai perkara itu dan dia menjelaskan video tular itu adalah beberapa bulan sebelum kemenangannya sebagai Dewi Remaja.

BACA:

Jelas Haneesya lagi, pada hari dia dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja, dia meraikan kemenangan bersama ibunya dan dua rakan baiknya di kedai makan.

“Saya tunggu orang tanya soalan ini 6-7 tahun selepas Dewi Remaja. Kot la ada wartawan yang tanya. Sebenarnya saya tak meraikan kemenangan di kelab malam.

“Saya marikan kemenangan di satu kedai makan bersama ibu dan dua rakan baik saya. Bukan pergi clubbing. Korang boleh cari semula video tersebut.

“Dalam video viral tu saya ada ‘bangs’ tapi pada hari kemenangan rambut saya dah panjang, bermaksud saya pergi tu dah berbulan-bulan yang lepas. Rambut tak boleh panjang secepat itu,” katanya.

Sementara itu, Haneesya tidak dapat menahan sebak apabila mengimbau kembali kemenangan tersebut hanya ‘dipinjam’ tidak sampai sehari sahaja. 

“Kemenangan hanya dipinjam sekejap sahaja. Saya tunggu lama untuk sertai Dewi Remaja sebab itu impian ibu saya. Bila benda tu jadi, saya rasa sakit sangat.

“Saya tahu apa yang saya buat tu salah. Betul, memang salah. Saya pun manusia biasa tak lari daripada buat salah. Memang Tuhan ketuk kepala saya,” katanya.

Dalam pada itu, Haneesya mendakwa dia mengetahui individu yang menyebarkan video berkenaan dipercayai ‘orang dalam’ program tersebut.

“Saya tahu orang yang viralkan tu orang dalam Dewi Remaja. Saya tahu siapa, tapi tak ada bukti. Saya dengar daripada orang tapi saya tak ada bukti. 

“Saya tahu siapa yang viralkan, saya harap anda gembira dengan apa yang anda lakukan kerana benda tu musnahkan hidup saya tapi saya nak tunjuk usaha anda itu gagal sebab saya tak akan mengalah,” katanya.

Sumber: Astro

×