Pelakon Linda Hashim menafikan dakwaan netizen seolah dia terburu-buru mahu bercerai sebaliknya dia hanya mengikut segala proses yang ditetapkan mahkamah.
Memetik mStar Online, Linda berkata dia hanya mahu mengesahkan statu rumah tangga mereka apabila mendakwa ada pelanggaran lafaz taklik dibuat oleh suaminya, Beego.
BACA: “Dia Akan Mangga Pintu Dari Luar” – Linda Hashim Dakwa Dipukul Sejak 2016
“Macam saya pernah cakap saya tak rushing. Saya dah ulang banyak kali. Tindakan diambil hanyalah untuk mengesahkan kedudukan status rumah tangga memandangkan lafaz taklik telah dilanggar.
“Benda yang tak baik elok kita buang cepat-cepat. Sekali lagi saya tegaskan, saya tak tergesa-gesa. Daripada awal saya ikut saja apa yang mahkamah tetapkan,” katanya.
Sementara itu, Linda turut memberitahu sejak pendedahan dibuat sebelum ini, suaminya hanya memberi RM300 nafkah anak-anak namun nafkah untuk dirinya tidak diberi.
“Dah berbulan-bulan, bukan sekarang saja, malah sebelum ini lagi. Nafkah saya tak diberi, itu tidak bagus untuk dia, untuk dirinya sendiri.
“Tak elok hanya menambah dosa. Jadi buat apa nak simpan saya lagi kalau nafkah pun tak diberi? Itu sebabnya saya nak dilepaskan,” katanya.
Terdahulu, Linda mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga suaminya. Katanya lagi, sepanjang 11 tahun dia sudah membuat empat laporan polis terhadap Beego berkaitan keganasan rumah tangga dan tiga laporan hospital.
Sumber: mStar Online