Pelakon Scha Elinnea menolak dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dirinya sebagai wanita ‘high maintenance’’
Memetik mStar Online, Scha berkata dia mampu untuk menyara dirinya sendiri serta mahukan pasangan yang boleh berkembang bersamanya.
BACA: Scha Elinnea Sedih Sering Terpalit Isu Panas
“Nak kata saya high maintenance itu tak tahulah, tiada komen untuk itu tapi saya mampu untuk sara diri saya sendiri. Saya kalau nak cari pasangan hidup nak seseorang yang boleh berkembang sama-sama,” katanya.
Sementara itu, Scha berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya memiliki fizikal yang tinggi, berkulit gelap serta raut wajah yang menarik.
Turut menjadi perhatian, Scha berkata dia sukakan lelaki yang pendiam kerana dirinya seorang yang banyak bercakap.
“Saya tak suka lelaki yang banyak cakap. Sebab saya sendiri banyak cakap. Kalau dua-dua miliki perangai sama siapa nak menang nanti?
“Kalau rupa pula saya suka lelaki yang tinggi, gelap dan kacak. Itu memang cita rasa saya. Kalau nak kahwin mesti nak miliki ciri-ciri idaman kan,” katanya.
Sumber: mStar Online