Umum mengetahui, pesara tentera dan polis akan dilantik sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi memastikan isu buli dan kes disiplin lain dapat dikekang.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang berharap mereka yang dilantik dapat mendidik para pelajar seperti anak sendiri serta dengan nilai kasih sayang dalam ketegasan.

BACA: “Tolong Jadi Manusia” – Rita Rudaini Kecewa Masih Tiada Tangkapan Kes Zara

Menurut Rita lagi, mendidik dengan cara kekerasan tidak menjamin para pelajar pada zaman sekarang untuk menjadi pelajar baik dan berdisiplin.

“Didik lah mereka seperti anak sendiri, jadi sahabat mereka. Dalam tegas ada nilai kasih sayang, didikan yang keras tidak menjamin anak-anak zaman sekarang ikut.

“Tanamkan perasaan hormat mereka pada kita bukan perasaan takut. Bila mereka hormat seseorang, insya-Allah mereka akan jadi insan seperti yang kita mahukan,” katanya.

Difahamkan, kumpulan pertama warden MRSM dalam kalangan bekas polis dan tentera akan memulakan tugas di dua MRSM iaitu MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau bermula Isnin ini.

Sumber: Utusan

×