Semalam, peguam kepada Anna Jobling tampil memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku di antara pelakon itu dan ibunya, Ariz Arop pada malam Ahad lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, turut dimuat naik video serta mengesahkan tiada pergelutan yang berlaku ibu Anna dengan aktres berkenaan.
BACA: “Dia Tak Disentuh Atau Dikeluarkan Dari Kereta” – Peguam Anna Jobling
Tidak hanya berdiam diri, Ariz memuat naik hantaran mengatakan tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dia telah dipaksa oleh peguam untuk keluar daripada kereta.

“Wrong statement. I tak pernah keluarkan kenyataan lawyer paksa I keluar dari kereta.
“Apa yang I cakap, dia panggil lawyer keluarkan dia (Anna) daripada kereta. Bukan lawyer datang paksa I keluarkan kereta. Get your facts right!” tulisnya.
Sementara itu, Ariz turut mendakwa dirinya dikunci dalam kereta berkenaan dan tidak boleh membukanya selepas Anna keluar daripada kenderaan.

Dikongsikan video didakwa bukti kereta dikunci dari luar dan kelihatan Anna bersama dua individu pergi daripada kereta berkenaan.
“LISTEN CAREFULLY. Bunyi kereta dikunci dari luar. Yang tanya kenapa tak buka tingkap. See for yourself, enjin mati mana boleh buka tingkap. Boleh dengar dengan jelas bunyi LOCK!” tulisnya.
Dalam pada itu, Ariz turut mengatakan dalam video tersebut dia dan Anna tidak menjerit antara satu sama lain ketika Anna dibawa keluar.