Penyanyi Ameng Spring berkata generasi sekarang kini terdedah kepada dadah jenis pil kuda atau nama popularnya pil yaba yang disifatkan sangat bahaya.
Memetik Harian Metro, Ameng yang dilantik sebagai Ikon Anti Dadah 2025 itu berkata pil kuda dihasilkan dari campuran pelbagai bahan sintetik dan kesannya boleh membuatkan seseorang itu gila.
BACA: “Parut Sebatan Kekal Hingga Ke Liang Lahad” – Ameng
Kata Ameng lagi, lebih mengejutkan kesan dadah tersebut boleh membawa kepada membunuh dan banyak kes berat berlaku daripaa dadah jesis sintetik itu.
“Saya tak pernah kenal pil yaba sebab waktu saya terbabit dalam gejala ini, tak ada lagi benda itu. Ia lebih kuat dari dadah jenis lain. Penggunanya boleh kena halusinasi.
“Inilah yang ditekankan oleh pihak berkuasa sekarang. Sebab kesan dadah jenis sintetik ini boleh bawa kepada membunuh. Yang banyak berlaku jenayah kerana dadah jenis sintetik ini.
“Kes bunuh, bergaduh, kes samun dan kes-kes yang berat-berat ini sebenarnya berpunca daripada dadah jenis sintetik,” katanya.
Dalam pada itu, Ameng berkata kerajaan kini berusaha untuk mengekang pengedaran dadah dengan mengetatkan kawalan di pintu sempadan.
Sumber: Harian Metro