Ajai Puji Amira Othman Sopan, Lemah Lembut 

Komposer Ajai memuji penyanyi Amira Othman yang disifatkan seorang wanita yang sopan serta lemah lembut.

Memetik mStar Online, Ajai berkata dia kini sedang bekerjasama dengan Amira untuk lagu runut bagi sebuah drama yang bakal dilakonkan oleh penyanyi itu bersama aktor, Fattah Amin.

BACA: “Asalkan Bukan Suami Orang” – Amira Othman Cari Lelaki Penyabar

Sementara itu, Ajai turut memuji Amira seorang penyanyi yang baik serta berbakat dalam bidang berkenaan serta tahu mengenai nota-nota muzik.

“Bagus budak tu sopan orangnya, lemah lembut dan menghormati seni. Dia suka berbincang. Saya suka artis yang ada pendapat dan saling memberi cadangan.

“Dia tahu hala tuju yang dia mahu dan bila datang studio saya dah tahu tentang kekuatan vokalnya. Dia tahu tentang nota-nota muzik. Dia bukanlah kosong dalam muzik,” katanya.

Sementara itu, Ajai turut memuji vokal Amira yang dikatakan mempunyai nada merdu dan sedap didengar.

“Saya meminati suara dia. Suara ni bukan pasal tinggi atau rendah tapi nada. Saya suka seseorang yang berpegang pada konsep.

“Cuma nak tunggu masa untuk spark saja. Tak semestinya perlu menyanyi nada tinggi, paling-paling kita nak dengar suara yang easy listening,” katanya.

Sumber: mStar Online

×