Ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop mendedahkan dia pernah menerima injunksi pada Disember tahun lalu larangan berjumpa dengan anaknya sendiri.
Memetik mStar Online, Aris berkata dia kesal dengan tindakan Anna dan perintah larangan sudah terbatal namun ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
BACA: “Kalau Kena Masuk Penjara Pun Saya Reda” – Anna Jobling & Ibu Bergaduh Besar
“Saya pernah dapat perintah mahkamah pada tahun lalu. Tapi perkara ini sudah selesai cuma ada beberapa perintah. Peguam saya dan peguam dia ada berbincang dan injunksi itu terbatal cuma ada beberapa perintah yang saya tak boleh langgar.
“Dia minta injunksi supaya saya tak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu,” katanya.
Sementara itu, Ariz mendedahkan kemelut yang berlaku pada Ahad lalu membuatkan dirinya tidak dapat lagi menahan sabar dan mendakwa berlaku pergaduhan.
Menurut Ariz lagi, perintah injunksi itu didakwa kononnya diterima kerana kelakusan kasar dilakukan terhadap Anna.
“Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.
“Sebelum ini dia hantar injunksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mentalnya diseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena mental torture,” katanya.
Sementara itu, Ariz memaklumkan dia tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan kerja Anna, termasuk memilih tawaran pekerjaan. Katanya, sebelum ini dia banyak campur dalam memilih tawaran kerja anaknya kerana tidak mahu Anna penat sehingga tiada waktu rehat.
Sumber: mStar Online