Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli beranggapan adegan dia merangkak ketika mempromosikan sebuah rancangan televisyen dianggap tidak seksi.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia tiada niat untuk meraih perhatian sebaliknya hanya mengikut pemintaan pihak produksi dan hanya kerja.
BACA: “Naik Satu Jerawat Pun Kau Nak Memekak” – Kak KM Dedah Punca Anak Berhenti Kerja
“Itu adalah permintaan stesyen televisyen. Jadi, apa yang dia minta, kita bagilah. Jangan risau semua, teruskan sahaja sokong saya.
“Itu hanyalah kerja. Tiada niat nak guriskan atau tarik perhatian sesiapa. Lagipun saya tidak nampak salahnya, bukannya bogel pun,” katanya.
Mengulas mengenai ada segelintir netizen mengatakan usahawan itu seolah tiada rasa malu, Kak KM berkata dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan orang lain mengenai dirinya.
“Peduli apa orang cakap, saya tak pernah kisah. Sebab kita tengok duit sama banyak, Alhamdulillah. Yang tak suka Kak KM mungkin dua tiga orang je, yang suka kita berjuta, tengok view kita semua berjuta,” katanya.
Sumber: mStar Online