Bukan Gila Publisiti, Sophia Albarakbah Tunjuk Bukti Terima Mesej Lucah

Pelakon Sophia Albarakbah menjelaskan punca dia mmebuat laporan polis berhubung isu buli siber dan ganggu seksual yang diterima.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia membuat laporan polis bukan kerana mahu meraih publisiti atau menegakan benang yang basah sebaliknya isu buli dan gangguan seksual bukan perkara main-main.

BACA: “Ada Yang Nak Hantar Santau” – Sophia Albarakbah Alami Tekanan Emosi Serius 

“Bitter? Gila publisiti? Tegakkan benang yang basah? Tidak! Ini bukan gurauan atau ‘just comment’” tulisnya.

Menurut Sophia lagi, dia menerima beribu mesej dan komen berbaur fitnah, hinaan, ugutan serta lucah sehingga menjejaskan emosi serta maruahnya.

“Ada yang anggap ia perkara kecil namun kata-kata itu melukakannya, meninggalkan kesan mendalam serta menjatuhkan maruahnya sebagai wanita dan manusia,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berkenaan Sophia turut berkongsikan bukti mesej lucah yang diterimanya dan dia mengambil tindakan kerana berdiam diri tidak akan mengubah apa-apa.

×