Isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah mempertahankan pelakon, Nur Fazura yang dikecam selepas didakwa bersikap terlalu mesra ketika hadir majlis perkahwinan Luna Maya.
Menerusi video yang dimuat naik sebuah portal, Fazura dilihat sedang beramah mesra dengan rakan selebriti, Nagita Slavina di majlis berkenaan.
BACA: Fazura Hadir Ke MCMC, Tunjuk Bukti Komen Netizen
Dapat dilihat Fazura menyentuh dan memegang wajah Nagita sewaktu mereka berbual. Bagaimanapun, tindakan Fazura itu mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen.
Sementara itu, Datin Patimah meninggalkan komen menyifatkan tindakan tersebut tanda seorang teman yang mesra dan peramah.

Diruangan komen rata-rata netizen menyokong kenyataan Datin Patimah itu serta menyifatkan Fazura sememangnya seorang yang peramah termasuk dengan peminatnya.