Pelakon dan juga aktivis Lando Zawawi berkongsikan kisah bagaiamana dia memulakan inisiatif untuk menurap jalan berlubang. Siapa sangka ada kisah pilu yang mendorong dia menurap jalan raya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Lando berkata ianya bermula selepas pemergian sahabat baiknya yang maut akibat kemalangan yang berpunca dari jalan rosak.
BACA: Duit Banyak Habis, Rasa Tertipu, Lando Tak Jadi Bertanding PRN
“Pertama kali saya turap jalan sebab kawan saya meninggal dunia selepas terlibat kemalangan. Memang lubang tu masih ada lagi.
“Nama dia arwah Yusri dan dia bawa superbike. Dia baru hantar anak dia ke sekolah dan dalam perjalanan balik ada satu kereta di hadapan dia cuba mengelak lubang kumbahan lalu terlanggar kawan saya,” katanya.
Bagaimanapun, Lando mendakwa selepas dua minggu pemergian sahabatnya kerosakan jalan itu masih ada lagi tanpa sebarang tindakan sehingga dia mengambil inisiatif untuk menurap sendiri.
“Selepas dua minggu saya pergi lokasi itu, lubang manhole itu masih ada arwah kawan saya dah ditanam dah tapi punca itu masih ada.
“Saya macam, ‘Kalau ini puncanya kenapa tak ada siapa palam?’. So bila saya palam lubang itu, saya nampak kereta dah tak mengelak dan lancar.
“Setiap kali tengok kereta lalu situ, hati saya jadi besar, rasa macam ini sesuatu yang bagus dan hati rasa tenang,” katanya.
Sumber: Oh Bulan