Badan Penuh Tompok Merah, Aliff Syukri Syak Kena ‘Jilat Jin’

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berkongsikan keadaan kesihatannya yang kurang baik dan membimbangkan ketika sesi siaran langsung baru-baru ini.

Memetik mStar Online, dia mengalami simptom badan menggigil serta tompok-tompok merah pada kulit serta sukar untuk tidur sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

BACA: “Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tiada Duit” – Aliff Syukri Tak Maafkan Diva AA 

“Jujurnya ada orang kata saya kena jliat jin, tapi saya sendiri pun tak pasti. Waktu bat live tu memang saya menggeletar. Badan saya penuh bertompok merah dan susah nak tidur. 

“Ini pertama kali saya alami perkara begini. Malam tadi dan pagi tadi saya terus ke hospital untuk dapatkan rawatan sebab keadaan ini memang tak selesa,” katanya.

Sementara itu, Aliff menafikan dakwaan netizen bahawa ia hanya sekadar gimik serta menjelaskan kesakitan dialaminya itu adalah benar.

“Saya tak tipu, saya tak minta jadi macam ni. Saya harap tidaklah sampai ada yang nak kenakan saya. Tapi dalam dunia perniagaan perkara macam ini memang tak mustahil berlaku,” katanya.

Sumber: mStar Online

×