Perkongsian pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila bercerita mengenai pengalaman lucu disangka memakai susuk gara-gara keputusan imbasan X-ray di sebuah klinik baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara turut memuat naik gambar X-ray berkenaan memaparkan objek seakan jarum tajam di bawah bahagian pipinya.

BACA: “Jangan Beli Lagi” – Kambing Perap Dikritik Tak Sedap? Zara Zya Tampil Respon

“Tengah kemas gallery, terjumpa gambar X-ray masa saya buat check up gigi beberapa tahun lepas. Nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?

“Beria doktor suruh staf semua keluar bilik dan dia pun mula lah susun ayat untuk bertanya pada saya. Dia bisik, ‘dulu ada pakai susuk ke?’. Ahhh pening saya fikir, bila masa pula saya buat benda tu,” tulisnya.

Kongsi Zara lagi, dia menjelaskan objek tersebut bukanlah jarum tetapi ianya adalah pin daripada prosedur pembedahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Doktor tak baik eh fikir saya pakai susuk. Saya cakap, itu pin sebab saya buat operation lah. Dari pipi ke leher. Tapi lepas saya terangkan dan cerita, muka dia masih macam antara nak percaya dengan tak.

“Dia sibuk pula cerita kisah orang lain yang datang klinik dia. Bila X-ray ada nampak seakan macam tu juga tapi lebih banyak. Dan mereka mengaku sesuatu tu. Alahaiii doktor gigi tengah sakit ni, tak pasal kita kena layan tazkirah dia pula.

“Part kelakar, dari elok pasang lagu sheila on 7, terus pasang zikir. Kau ingat aku hantu ke doktor oi?” kongsinya.

Sumber: Threads

×