Pempengaruh media sosial, Ameera Khan meluahkan rasa syukur impiannya untuk memiliki lelaki yang memenuhi ciri idamannya menjadi kenyataan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ameera dilihat ada memuat naik video pendek bersama kekasihnya, Jefri Nichol serta menyifatkan aktor itu seorang lelaki yang setia serta penyabar.
BACA: Hormat Perasaan Ameera, Jefri Nichol ‘Unfollow’ Semua Wanita Di Media Sosial
“Mimpi indah saya jadi kenyataan, Alhamdulillah,” tulisnya.
Turut menjadi perhatian, Ameera melabel dirinya seorang ‘drama queen’, sensitif, degil dan seseorang yang memerlukan perhatian 24 jam.
Terdahulu, Jefri berkata dia bertindak ‘unfollow’ semua wanita di media sosial miliknya demi menghormati perasaan kekasihnya.
Jefri berkata dia hanya mengikuti rakan sekerja senior sahaja di media sosial sekaligus menunjukkan komitmennya dalam hubungan mereka.