Pelakon Hisyam Hamid berkata dia bukan seseorang yang suka membazir masa mengenai soal jodoh. 

Menerusi satu podcast, Hisyam berkata jika sesebuah hubungan itu sudah serius dan suka antara satu sama lain, lebih baik jika terus ke fasa membina hidup bersama-sama.

BACA: “Mungkin Dia Tengok Cara Saya Layan Anak” Hisyam Hamid Anggap Fazura Puji Tiada Niat Lain

@studiosembang

and banyak lagi benda yang @Hisyam Hamid7 share dalam episode ni guys, #jomsembang esok 10pm kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts k! #studiosembang

? original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

“Bagi saya, kalau macam hubungan itu suka sama suka, serius, ikhlas, dah apa lagi… just kahwin dan teruskan hidup kita sama-sama.

 “Bina kehidupan kita sama-sama. Saya tak suka buang masa. Banyak lagi benda penting yang kita kena fokus daripada benda macam ini.

“Nak bercinta lama-lama. Kalau suka, okay kahwin la dan kemudian jom letakkan hari dan jiwa awak dalam hubungan itu,” katanya.

Perkongsian Hisyam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa hubungan percintaan yang lama bimbang ianya hanya membuang masa dan tiada hala tuju. 

×