“Ayden & Ara, Tiada Satu Hari Pun Daddy Tak Ingat Awak Berdua” 

Pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Menerusi temu bual bersama Berita Harian Singapura, Aliff berkata dia mengakui bimbang seandainya diberi peluang bertemu dengan anak-anaknya lebih-lebih lagi reaksi mereka.

BACA: Aliff Aziz Doakan Kebahagiaan Bella Astillah & Syed Saddiq

“Saya sangat merindui Ayden dan Ara. Sebenarnya ada banyak fakta yang saya rasa tidak perlu untuk dihuraikan.

“Tapi kadang-kadang saya terfikir bagaimana reaksi mereka kalau saya diberi peluang untuk berjumpa? Mereka semakin membesar dan boleh memahami, namun apa persepsi mereka,” katanya. 

Sementara itu, Aliff mengakui tersinggung apabila ada netizen yang melemparkan dakwaan terhadapnya lebih-lebih lagi mengenai hubungannya dengan anak-anak.

“Sekarang saya tengok orang tulis itu, orang tulis ini..cakap itu, cakap ini. Nak cuba padam saya daripada keluarga dan anak-anak saya sendiri.

Saya boleh bersikap positif dan okay sahaja, tetapi saya manusia biasa apabila melihat tomahan-tomahan ini.

“Saya tak pernah mengaku diri saya sempurna, mungkin perjalanan kehidupan saya ada macam-macam corak dan warna, saya teruskan perjalanan hidup. Cuma bila terbaca, sedikit sebanyak ada terasa sedikit dan tersinggung,” katanya.

Dalam temu bual tersebut, Aliff berharap agar dapat bertemu dengan kedua-dua anaknya suatu hari nanti dan sentiasa mendoakan buat Ayden dan Ara.

“Kepada Ayden dan Ara, tiada satu hari pun yang daddy tak ingat tentang awak berdua. Walaupun saya tiada, tetapi saya melihat Ayden dan Ara membesar jadi anak-anak yang baik.

“Saya sangat rindukan awak berdua, meskipun saya tiada bersama kalian ketika ini. Daddy akan sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan juga Ara, supaya terus membesar dalam keadaan yang baik,” katanya.

×