Anak Aliff Syukri Mengaku Terpaksa Buat Live, Takut Kena Marah

Anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mengakui melakukan jualan produk secara langsung atas dasar terpaksa.

Memetik mStar Online, anak sulung Aliff dan Shahida itu bagaimanapun menganggap melalui berniaga dia mendapat kebaikan dalam masa sama sudah pasti ibu bapanya mahu melihat dirinya ke arah lebih baik.

BACA: Nabil Ahmad Kagum Cara Didikan Aliff Syukri & Isteri, Puji Ammar Ahyan

Lebih menghiburkan apabila Ammar berkata dia bersemangat untuk menjual produk secara langsung itu adalah kerana dia akan dimarahi jika tidak berbuat demikian.

“Saya memang tidak selesa untuk berniaga, tetapi saya tidak kisah tentang itu kerana ia merupakan satu kebaikan untuk diri saya sendiri. Apa yang membuatkan saya bersemangat adalah kerana jika saya tidak lakukan (berniaga), nanti saya akan dimarahi.

“Bagi saya, ia memberi manfaat kepada saya juga. Tiada ayah yang mahu melihat anaknya berada di bawah tahap dirinya. Jadi, kalau saya bekerja keras dari awal, nanti saya tidak perlu berusaha terlalu kuat lagi,” katanya. 

Dalam pada itu, Ammar turut mengulas mengenai kenyataannya mahu menceburkan diri dalam bidang politik dimana itu bukan cita-cita utamanya sebaliknya mahu menjadi pemimpin dalam bidang diceburi.

“Saya tidak mahu menjadikan bidang politik sebagai kerjaya utama saya. Saya mahu menjadi pemimpin apabila saya sudah memiliki kerjaya dan kehidupan yang stabil, barulah saya akan masuk ke dalam bidang kepimpinan,” katanya.

Sumber: mStar Online

×