Perkongsian pelakon sensasi, Fathia Latiff di laman Threads menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mengenai perkahwinan dan jodoh.
Menerusi hantaran tersebut, Fathia berkata dia mahu mendirikan rumah tangga tetapi lelaki yang hadir dalam hidupnya tidak menepati ciri-ciri yang diharapkan.
BACA: “Saya Nampak Makin Teruk” – Fathia Latiff Sedih Kena ‘Shaming’

Malah, Fathia sempat berseloroh mengatakan disebabkan itu dia rela hidup membujang hingga ke tua.
“Bukan tak nak kahwin, yang datang tu Ya Auoloh. Bujang sampai tua pun tak apa… tiber!” tulisnya.
Terdahulu, Fathia meluahkan rasa sedih kerana dia seolah tidak mengenali dirinya sendiri selepas melakukan perubahan pada wajahnya.
Malah, Fathia merasakan dirinya kelihatan teruk serta tidak mahu lagi berdandan malah rasa seperti tidak dikenali orang apabila berada di luar.