“Berjauhan Dengan Anak, Itulah Perkara Paling Sedih” 

Penyanyi Hafiz Suip mengakui perkara paling menyedihkan dalam hidupnya adalah berjauhan dengan anak-anak tersayang.

Menerusi video di muat naik di Instagram, Hafiz berkata situasi tersebut masih berlarutan hingga ke hari ini serta beranggapan ianya satu ujian besaryang perlu ditempuh sebagai seorang bapa.

BACA: Hafiz Suip Derita Batu Karang Dalam Buah Pinggang

“Saya rasa apabila berjauhan dengan anak, itulah perkara paling sedih. Sampai sekarang saya masih melaluinya,” katanya.

Sementara itu, Hafiz yang dilihat tidak mampu menahan air mata bagaimanapun memilih untuk bersyukur dan reda atas segala ketentuan Tuhan.

“Saya bersyukur sahaja, bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan. Saya cuba untuk berdamai dengan kehidupan, tak mahu cari salah. Kerana cari salah itu buat saya kusut. Bila bersyukur dan reda, insya-Allah akan dapat kebahagiaan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz mengakui bukan mudah berdepan dengan pelbagai tanggapan apabila ada yang menilai dirinya secara negatif tanpa mengetahui kebenaran.

“Banyak tanggapan orang pada saya, tapi paling sedih bila orang anggap saya jahat sahaja di mata mereka. Mulut orang kita tak boleh tutup.

“Apa yang saya boleh buat, jalankan hidup seperti biasa. Lambat-laun orang akan faham dan tahu kebenarannya,” katanya.

Pada Januari lalu, Hafiz mengaku dalam proses bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasreel. Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayna.

×