Anak kepada pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq berkata dia tidak menyimpan dendam meskipun menjadi kecaman netizen yang menyangka dia tidak bekerja sebaliknya memaafkan mereka.

Memetik Utusan Online, Syafiq yang merupakan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkata dia tidak ‘goyang kaki’ sebaliknya bekerja sambilan sebagai barista serta menjadi pelakon untuk menyara eluarga.

BACA: Anak Dharma Harun Terkejut Disuruh Berhenti Belajar

“Saya kerja di sebelah malam sebagai barista dan terima tawaran sebagai pelakon jika tidak sibuk dengan kelas atau tugasan kuliah.

“Walaupun ada yang menyerang saya sehingga ke media sosial Aswara, saya tenang kerana mereka di sini tahu apa saya lakukan iaitu bekerja, belajar dan mendapat keputusan cemerlang.

“Saya tidak fikir soal imej terjejas atau tidak.  Saya tidak kisah tentang itu, sedangkan Nabi Muhammad pun orang kecam,” katanya.

Bagaimanapun, Syafiq berharap agar netizen tidak bertindak melulu mengecam keluarga serta rakannya, sebaliknya tidak mengapa jika dirinya dikecam kerana mentalnya kuat berdepan kritikan.

“Saya maafkan sesiapa sahaja yang salah anggap terhadap saya. Terus terang, tiada apa pun yang saya mahu pendam sebab mereka di luar tidak tahu.

“Cuma saya mohon jangan serang keluarga saya iaitu ayah dan kakak atau kawan saya. Kecam saya tidak mengapa kerana mental saya kuat. Keadaan mereka saya tidak tahu. Tapi saya percaya bila kita ikhlas, Allah akan tolong,” katanya.

Sumber: Utusan

×