“Tak Ada Lelaki Boleh Ganti Tempat Bade” – Erma Fatima 

Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Bade Haji Azmi, pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima berkata pintu hatinya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki.

Memetik Oh Bulan, Erma berkata baginya tiada siapa boleh menggantikan bekas suaminya itu yang disifatkan seorang yang memahami dirinya serta banyak berkorban.

BACA: Erma Fatima Dedah Drama Bidaah Dari Kisah Benar, PU Syed Gesa Lapor Polis

“Tak akan mungkin ada sebab apa yang saya kecapi sekarang adalah kerana (dahulunya) saya dapat suami yang sangat memahami saya, yang banyak berkorban masa untuk saya.

“Jadi, saya tak rasa ada lelaki yang boleh faham saya seperti dia fahamkan saya. Dan tak mungkin ada orang dapat gantikan tempat Bade, buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Erma berkata dia ada berkawan dengan beberapa lelaki namun hubungan tidak lebih sekadar kawan dan tiada juga tiada masa untuk bercinta kerana sibuk dengan kerja.

“Dan tak pernah ada dalam fikiran saya untuk mencari (pengganti) kerana mungkin sebab kehidupan saya ini adalah kerja, kerja, dan kerja.

“Jadi, saya tak ada masa untuk cari lelaki dan saya rasa tak ada lelaki yang berani nak datang dekat pada saya sebab mungkin mereka kata saya garang.

“Pintu hati saya ini dah tertutup dah dan belum terbuka buat masa sekarang. Adalah juga beberapa lelaki yang berkawan tetapi mungkin sekadar berkawan sahaja bukan untik dijadikan suami,” katanya.

Untuk rekod, Erma dan Bade mendirikan rumah tangga pada 1991 namun bercerai pada 2015.

Sumber: Oh Bulan

×