Adibah Tuntut Amaun Setimpal Dengan Pengorbanan, Tempoh Usia Perkahwinan

Bekas madu pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib berkata tuntutan nafkah anak, iddah dan muta’ah yang difailkan terhadap bekas suami, Rosland Othman adalah inisiatif yang wajar.

Memetik Harian Metro, Adibah berkata dia tidak mendapat nafkah iddah selepas perceraiannya dengan Roslan yang berlaku lebih setahun sejak 3 Ogos 2023 dan dia merasakan perlu untuk menuntut hak sepatutnya.

BACA: Suami Miera Liyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?

“Dia pun buat senyap sahaja, maknanya tak ada apa-apa nafkah untuk saya. Maka, kita memang kena ambil inisiatiflah untuk dapatkannya. 

“Sebab selepas cerai, untuk nafkah iddah memang tiada jumlah ‘official’. Begitu juga dengan nafkah anak daripada bekas suami tiada jumlah ‘official’ yang ditetapkan juga.

“Jadi, apa yang saya buat ini untuk kita ‘make it clear’ dan kita nak terperinci (jumlah nafkah anak) supaya betul-betul cukup untuk saya dan anak-anak teruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Adibah berkata kesanggupannya untuk turun naik mahkamah seperti kes mendapatkan hak penjagaan kekal anak, dia akan terus berjuang untuk hak dirinya dan anak-anak.

“Cuma, penerimaan pihak sana (bekas suami) pada mulanya agak susah juga macam bila penghantar notis (tuntutan) nak hantar notis kepadanya, dia tidak terima dan tiada di rumah. Tapi, akhirnya dia dapat notis pada 30 Jun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Adibah berkata dia menuntut jumlah yang setimpal untuknya dan anak-anak mengikut pengorbanan serta tempoh perkahwinan mereka.

“Saya rahsiakan jumlah tuntutan itu kerana terlalu ‘confidential’ (sulit) untuk dikongsi bagi menghormati kedua-dua belah pihak. Tapi, ia setimpal dengan pengorbanan dan tempoh usia perkahwinan itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×