Shila Amzah Nafi Campur Urusan Keluarga Penyanyi Lagenda

Penyanyi Shila Azmah menyangkal dakwaan dia masuk campur urusan keluarga penyanyi lagenda sekaligus terjawab persoalan mengenai identiti penyanyi lagenda yang dikaitkan dengan insiden serangan secara lisan.

Menerusi satu temu bual bersama Melodi, Shila berkata dia tidak mengambil tahu mengenai konflik yang berlaku di antara keluarga berkenaan.

BACA: Campur Masalah Keluarga Punca Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda- Polis

@melodiberapi

Rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai punca selebriti Shila Amzah diherdik oleh seorang penyanyi legenda semasa sesi latihan baru-baru ini, nah dengarkan sendiri jawapan penyanyi Shila Amzah. #meloditv3

? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Menurut Shila lagi, sebaliknya dia memberi sokongan terhadap Nabila sebagai rakan industri serta mereka turut melalui situasi yang hampir sama.

“Apabila dikatakan saya mengacau keluarga orang lain, ini sama sekali tidak benar dan tidak berasas

“Masalah keluarga saya sangat umum. Saya menyokong kenyataan Abil kerana dia melalui liku-liku kehidupan bersama keluarganya yang hampir sama kepada kami berdua. Saya pun tidak sebut nama sesiapa,” katanya.

Terdahulu, polis mendedahkan rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang secara verbal oleh seorang penyanyi leganda ketika sesi latihan konsert;

Sumber: Melodi

×