Pelakon Qasrina Karim akui kesilapannya apabila videonya bersama aktor Meerqeen dikecam kerana mememakai selendang namun menampakkan leher serta anak rambutnya.
Memetik mStar Online, Qasrina menjelaskan video itu dirakam ketika dia sedang bersolek namun ianya bukanlah alasan untuk dia mendedahkan aurat.
BACA: Netizen Tegur Qasrina Karim Pakai Tudung Nampak Leher, Anak Rambut
“Ketika video itu dirakam saya sedang bersiap dan bersolek. Pasa saya adalah normal untuk melonggarkan sedikit tudung bagi memudahkan proses solekan,” katanya.
Sementara itu, pelakon berusia 29 tahun itu berkata lagi dia akan lebih berhati-hati di masa akan datang serta mengucapkan terima kasih pada mereka yang memberikan nasihat.
“Namun saya akui ia bukan alasan untuk terlepas pandang mengenai pendedahan aurat saya. Saya akan lebih berhati-hati. Terima kasih yang ambil berat dan titip nasihat,” katanya.
Sumber: mStar Online