Pelakon Datin Seri Umie Aida mendedahkan sisi peribadi aktor Fattah Amin yang tidak diketahui ramai. Menurut Umie, Fattah seorang lelaki yang pendiam.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Umie menyifatkan Fattah seorang yang suka memendam rasa dan tidak suka berkongsikan perkara yang menyakitinya.
BACA: “Konsert Anak Tak Dapat Hadir, Nak Suggest Kat Fattah Showcase Amira Bersama Fatima” – Pengurus
“Fattah ni dia banyak pendam, easy going dan dia ada kelakarnya juga. Kalau pendiam pula, tengok keadaan tapi dia suka memendam.
“Dia bukan jenis yang berkongsi tentang perkara yang melukakan dan tentang kesakitan, lebih suka simpan sendiri. Mungkin lelaki macam itu agaknya sebab karakter Remy Ishak macam tu,” katanya.
Terdahulu, Fattah dikecam kerana tidak hadir di persembahan sekolah anaknya Fatima Aisya. Bagaimanapun, Fattah dilihat ada memuat naik hantaran meminta maaf kepada anaknya. Difahamkan, Fattah kini sedang menjalani penggambaran di New Zealand.