Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa bengang apabila ada netizen mendakwa konflik rumah tangga dilaluinya itu adalah kifarah.

Menerusi perkongsian di Insta Story, netizen tersebut mengatakan apa yang dilalui oleh bekas isteri Shuk iaitu Rossa Sera lebih teruk serta meminta Fara untuk meneruskan kehidupan.

BACA: “Perut Aku Kena Siat 7 Lapis, Tak Nak Datang Tengok Ke?” – Fara Salleh Titip Pesan Buat Ibu Bapa Shuk 

Tidak hanya berdiam diri, Fara berkata tidak perlu memetik nama bekas isteri Shuk serta membezakan mereka kerana status mereka adalah sama.

“Tak payah nak petik nama perempuan tu. Tak payah nak bezakan aku dengan dia. Dia dengan aku takde beza. Kau pesan kat followers kau suruh diam eh pompuan,” katanya.

Lebih mengejutkan, Fara mendakwa Serra berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang yang mempunyai tiga orang anak serta mengatakan dia bukan meroyan sebaliknya menggunakan saluran yang betul.

Terdahulu, Fara selamat melahirkan anak sulungnya diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu serta menitipkan pesanan buat ibu bapa Shuk Sahar apabila bertanyakan adakah mereka tidak mahu melihat cucu mereka.

×