Isteri kepada pelawa Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dilihat ada memuat naik gambar memaparkan sijil kelahiran anaknya, Elaine Nada serta mempersoalkan akibat tidak mendaftarkan pernikahan mereka.
Menerusi gambar dikongsikan, tertulis ‘tiada maklumat diperoleh’ pada ruangan maklumat bapa pada sijil lahir anaknya serta turut menyebut nama bapa mentuanya susulan tindakan pelawak tersebut.

“Kau nampak apa kau buat? Ini surat beranak Elaine. En Sahar kau nampak apa anak kau buat??” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain Fara memuat naik gambar seorang lelaki mirip Shuk mengenakan kostum badut serta mengatakan ini adalah bapa kepada anaknya serta meminta untuk selesaikan urusan surat kelahiran anak.