Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dilihat menitipkan pesanan buat ibu bapa Shuk Sahar apabila bertanyakan adakah mereka tidak mahu melihat cucu mereka.
Menerusi perkongsian di IG Story, Fara turut bertanyakan kepada bapa mentuanya di mana Shuk dan adakah pelawak itu tidak mahu melihat anaknya.
BACA: “Lahirkan Sorang-Sorang Tanpa Bayang Lelaki” – Fara Salleh Selamat Bersalin

“Tak datang tengok ke? Anak kau mana Encik Sahar? Dia tak nak tengok ke? Cakap dekat anak kau, tak payah risau bab barang anak semua, aku uruskan.
“Tak ada satu pun dia uruskan. Aku bersalin pun sendiri jangan risau tak ada benda yang aku nak susahkan anak kau En Sahar,” tulisnya.

Sementara itu, Fara turut meminta agar ibu bapa Shuk menyimpan sahaja harta-harta mereka dan berikannya kepada cucu-cucunya dari perkahwinan pertama Shuk kerana dia dan anaknya tidak ‘hamak’ harta berkenaan.
Tambah Fara lagi, dia hanya mahu urusan mahkamah mereka dapat diselesaikan serta meminta mentuanya mengingatkan Shuk mengenai panggilan ke mahkamah pada Ogos depan.
Terdahulu, Fara selamat melahirkan bayi perempuan pada 26 Jun lalu serta kagum dengan perjalanan yang hidupnya berjaya melalui fasa kehamilan sendirian serta melahirkan cahaya mata tanpa suami di sisi.