Penyanyi Dayang Nurfaizah tetap dengan prinsip enggan mengulas dakwaan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Memetik HibGlam, Dayang berkata dia hanya meminta orang ramai serta peminatnya mendoakan yang terbaik buat dirinya.
BACA: Dayang Nurfaizah Akui Rapat Dengan Seorang Jejaka
“Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya ringkas.
Sebelum ini hangat diperkatakan Dayang didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Hael Husaini, bagaimanapun Hael menafikan dakwaan berkenaan.
Sementara itu, Dayang berkata hari istimewa baginya ketika ini adalah dua acara sahaja iaiti Janji With Dayang di Pulau Pinang dan Menara Kuala Lumpur pada 23 Ogos dan 27 September depan.
Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada Hael Husaini akan hadir ke persembahan itu, Dayang bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut.
“Orang bermakna yang akan hadir adalah peminat saya, sebab mereka adalah pembakar semangat saya.
“Persembahan ini saya fokus untuk album Janji, jadi saya boleh cakap tiada kejutan atau gimik. Yang ada hanyalah artis yang turut diundang membuat persembahan nanti, Anwar Amzah dan Naki.
“Rakan-rakan artis datang nanti semuanya istimewa bagi Dayang. Komposer pun kita jemput datang termasuk yang terlibat dengan album Janji,” katanya.
Sumber: HibGlam