Isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Khalizah Alihan tampil memberi penjelasan mengenai isu pemakaian tudung yang menjadi tanda tanya segelintir pihak.

Menerusi hantaran di TikTok, Khalizah berkata dia tahu ada segelintir pihak perasan dia belum memakai tudung sepenuhnya serta memberitahu dia masih dalam proses belajar serta perbaiki diri menjadi lebih baik.

BACA: Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Permohonan Cerai

“Saya hanya mahu meluangkan sedikit masa untuk menjelaskan sesuatu dari hati saya. Saya tahu mungkin ada yang nampak saya masih belum bertudung sepenuhnya.

“Saya mahu katakan ia adalah terlalu peribadi dan saya masih dalam proses untuk belajar dan cuba menjadi lebih baik setiap hari dari segi rohani dan emosi,” katanya.

Sementara itu, Khalizah turut memohon untuk mendoakannya menjadi seorang yang lebih baik.

“Tolong doakan saya… sambil saya cuba untuk berkembang dan menjadi lebih baik, Insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Fikry apabila isterinya ke mahkamah untuk proses perceraian. Bagaimanapun, Fikry berkata isterinya ke mahkamah untuk menarik balik permohonan cerai. 

×