Pelakon dan pengacara Janna Nick berkata manusia boleh berubah serta berbolak balik, termasuklah hati suaminya sendiri, Dini Schatzmann.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Janna berkata dia hanya akan berdoa sekiranya rumah tangganya diganggu orang ketiga kerana baginya hati manusia Allah yang pegang.

BACA: Janna Nick Beli Jam Tangan Rolex Sempena Hari Jadi

“Poligami? Kalau ada yang cuba? Saya doa sajalah. Kita tak tahu manusia kan. Hati manusia ini Allah pegang. Memang lumrah dia berbolak balik. Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang,” katanya.

Turut menjadi perhatian Janna berkata ramai yang selalu mengatakan suami yang akan berlaku curang, namun bagaimana pula jika isteri berdepan ujian apabila mereka pula yang curang.

“Orang semua duk cakap ‘oh suami yang akan curang’. Mana tahu satu hari aku yang curang. Ujian itu kita tak tahu. Kita tak boleh letakkan kepada satu jantina saja,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Janna itu serta setiap rumah tangga pasti akan akan ujian masing-masing.

×