Dikecam Letak Al-Quran Atas Sejadah, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf

Perkongsian pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mereka sekeluarga meluangkan masa membaca Al-Quran selepas menunaikan ibadah solat.

Bagaimanapun, ramai yang krang senang susulan insiden kecil yang berlaku apabila anak sulung mereka iaitu Rina tidak sengaja melangkah Al-Quran yang diletakkan di atas lantai.

BACA: Ryzal Ibrahim Selar Netizen Pertikai Beri Anak Makanan Korea

Difahamkan, Ryzal ketika itu meletakkan Al-Quran di atas sejadah kerana mahu menggantikan rehal miliknya yang patah. Bagaimanapun, kemudian Ryzal terus mengangkat Quran berkenaan.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian lain Ryzal menjelaskan dia tidak sengaja meletakkan Quran di atas sejadah dan tujuan memuat naik itu kerana Rina menangis apabila rehal yang digunakan membaca Al-Quran patah serta tidak perasan akan kesilapan berkenaan.

Bagaimanapun, Ryzal memohon maaf ada kekhilafannya itu serta turut menyentuh mengenai adab dalam memberi teguran sesama manusia agar menegur dengan baik dan tidak perlu sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.

“Adab dengan manusia, kalau kita melihat kekehilafan orang, tegurlah dengan baik. Tidak perlu makian, kata kesat, tuduh itu ini, seolah saya merendahkan keagungan Mushaf itu. Saya bukanlah sempurna, masih banyak perlu belajar. Berilah teguran baik dan bukan cacian,” tulisnya.

×