Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5.28 juta.
Memetik Harian Metro, peguam yang mewakili Cekap Air Sdn Bhd berkata pihaknya telah memfailkan notis kebankrapan pada 21 Mei tahun lalu selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman terus yang diputuskan Mahkamah Tinggi.
BACA: Kes Rasuah Ismail Sabri: SPRM Akan Rakam Keterangan Jovian Mandagie
Penghakiman terus merujuk kepada suatu permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tindakan (plaintif) untuk mendapatkan penghakiman daripada mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan.
Pada 2 April tahun lalu, Jovian diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM5 juta kepada Cekap Air selepas selepas membenarkan penghakiman terus yang dimohon syarikat itu.
Pada 16 Mei 2023, syarikat berkenaan memfailkan saman terhadap Jovian kerana didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.
Sumber: Harian Metro