Pelawak Along Cham memberitahu dia menyerahkan bukti berbentuk rakaman rakaman suara isterinya, Afreena Suhaimi yang didakwa curang pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.
Memetik mStar Online, Along mendakwa Afreena bersekedudukan di rumah yang dibeli oleh isterinya itu serta sudah merancang untuk berkahwin kembali dengan bekas suami keduanya itu.
BACA: “Hari Tu Mak Lampir, Harini Si Polan” – Afreena Dakwa Tak Mudah Berurusan Dengan Penagih Dadah
Sementara itu, Along turut mendakwa anak-anak seolah cuba untuk memberitahu perkara sebenar kepadanya namun gagal kerana sering dihalang Afreena.
“Audio berkenaan adalah rakaman daripada rakan baiknya sendiri tentang kecurangan bersekedudukan dengan bekas suami di rumah itu.
“Malah dia ada rancangan untuk berkahwin balik dengan bekas suaminya selepas mereka pernah bercerai talak tiga sebelum ini.
“Anak ada cuba maklumkan tapi dia ‘potong’ cakap budak-budak merepek. Ini juga menjelaskan perkara itu berlaku pelanggaran taklik kerana curang dan penipuan,” katanya.
Dalam prosiding hari ini, Afreena bagaimanapun tidak hadir atas alasan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan dan perbicaraan akan diteruskan pada 14 dan 18 Ogos depan.
Sumber: mStar Online