Perkongsian pelakon dan penyanyi Kilafairy mengejutkan ramai apabila terfikir untuk tidak lagi mengenakan hijab.
Menerusi perkongsian di Threads, Kilafairy berkata dia mempersoalkan mengapa dia perlu melakukan sesuatu untuk memuaskan hati orang lain serta memahami apabila ada yang mengatakan sukar untuk istiqamah.
BACA: Kilafairy Tak Sunyi, Suka Duduk Seorang Diri Ditemani Kucing

“Kenapa rasa mcm nak free hair balik ni eh? Tapi bila fikir balik kenapa saya perlu puaskan hati manusia. Patut kena buat semuanya kerana Allah. Bukan manusia. Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqamah tu susah,” katanya.
Sementara itu, Kila turut memohon orang ramai mendoakan agar dirinya terus kuat apatah lagi doa ibunya sudah tiada serta memuat naik gambarnya kelihatan seperti menangis.