Pelakon dan pengarah Datuk Aaron Aziz menyeru bekas banduan dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk hadir ke satu sesi uji bakat lakonan di bawah produksi miliknya, Aaron Aziz Production.
Menerusi perkongsian di TikTok, Aaron berkata dia akan membantu golongan tersebut bahawa mereka juga layak untuk meneruskan kehidupan.
BACA: “Kepala Bana” – Aaron Aziz Sound DMA Islam Kutuk Course Mass Comm

“Anda seorang bekas banduan? Pernah duduk penjara, pernah duduk Sekolah Henry Gurney? Orang ramai cakap korang takkan masa depan?
“Korang memang hancur tak ada harapan? Tak boleh masuk dalam kalangan masyarakat yang baik?
“Pastikan jawapan anda adalah tidak dan anda berani buktikan. Saya akan tolong anda, macam mana? Sila datang uji bakat untuk projek terbaharu saya,” katanya.
Dalam poster yang dikongsikan, uji bakat terbuka kepada lelaki berusia 16 hingga 50 tahun, tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Mereka yang tiada pengalaman juga turut dialu-alukan asalkan berani untuk mencuba.