Baru-baru ini tular siaran langsung pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan bersama suaminya, Aslam di laman TikTok memaparkan dia mengenakan pakaian sedondon bersama anak bongsu mereka.

Menerusi video itu, Misya dilihat membaca komen netizen yang mengkritik pakaian baggy yang dikenakan olehnya dikatakan nampak selekeh.

BACA: “Misya Dah Diblock Oleh Puan Abby & Anaknya” – Misya Jawab Dakwaan

Tidak hanya berdiam diri, Aslam tampil mempertahankan isteri pertamanya itu dengan membidas semula individu berkenaan dengan mengatakan lebih baik pakaian baggy daripada pakaian sendat.

“Daripada kau pakai sendat-sendat. Tengok pun tak selera. Berlemak-lemak,” kata Aslam.

Sementara itu, Misya turut mengatakan pakaian longgar memudahkan wanita apabila keluar kerana sekaligus boleh menunaikan solat ketika berada di tempat awam.

×