Penampilannya dikecam ketika menyertai acara kecergasan HYROX di Singapura, isteri kepada Dr Say Shazril yang juga doktor selebriti dan pempengaruh terkenal, Dr Azura Abas tampil beri penjelasan.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Azura menyedari ramai yang mengecam dan mengakui kekurangan dirinya serta berharap agar dikurniakan hidayah.
BACA: “Baby Zeq Tidur Dekat Tengah, Dia Buat Projek” – Dr Say Tangkap Bibik Bawa Masuk 2 Lelaki

“Saya tahu banyak yang kecam, sejujurnya saya terima kekurangan saya. Insya-Allah hidayah akan tiba jua,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Azura berkata hantaran yang dikongsikan itu berkenaan kesihatan serta untuk menggalakkan aktiviti kecergasan, namun jika ada yang kurang senang tidak mengapa.
Tambahnya lagi, dia tidak orang lain melabel siapa dirinya disisi Allah kerana hanya Allah yang boleh menilai baik dan buruk setiap hambaNya.
“Tapi post ni soal kesihatan, tak ada bermaksud yang lain. Kalau suka boleh dijadikan inspirasi, kalau tak suka tak mengapa.
“Sy tak perlu manusia label siapa saya disisi Allah. Cukup kita tahu dimana level kita sendiri dengan pencipta kita. Kalau rasa kita lebih mulia dari orang lain tu, mungkin tu lagi hina dari yang tak tutup aurat? Tiada siapa yang tahu dan layak menghukum kecuali Allah. Sama-sama muhasabah diri,” tulisnya.