Pelawak dan pelakon, Along Cham mendedahkan tiga punca yang menyebabkan jatuh lafaz taklik terhadap isterinya iaitu Afreena Suhaimi.
Memetik BH Online, Along berkata Afreena didakwa melakukan tiga perkara itu hingga mengakibatkan lafaz taklik jatuh pada Julai tahun lalu, di rumahnya di Cyberjaya.
BACA: “Bekas Suami Dia Pun Bagi Bukti” – Along Dedah Ada Bukti Afreena Curang
Menurut Along, Afreena menghubungi bekas isterinya iaitu Zila Saeron sejak Jun tahun lalu meskipun sudah diberi amaran berkali-kali dan tidak tahu niat isterinya.
“Amarannya adalah jika awak berhubung dengan bekas isteri saya dan kongsi lokasi sekolah anak, maka jatuh talak satu. Dia (isteri) kongsikan lokasi sekolah anak saya.
“Dia (Afreen) hubungi bekas isteri. Dia cari Zila dengan alasan naluri sebagai seorang ibu. Saya sudah beri amaran banyak kali, tetapi dia tetap mencari (Zila). Sedangkan anak kandung sendiri dia tidak mengaku anak.
“Saya difahamkan mereka berhubung sejak Jun 2024. Tidak tahu apa niat dia, berkemungkinan sebagai pemberi maklumat,” katanya.
Sementara itu, Along berkata dua perkara lain yang menjadi punca jatuh lafaz taklik adalah berlaku curang dan membelakangkan dirinya dalam urusan rumah tangga.
“Curang itu adalah menipu saya. Saya ada bukti dia curang. Dia juga selalu buat keputusan sendiri tanpa pengetahuan saya.
“Semua perkara terbabit berlaku dan saya ada bukti. Saya tidak mahu kemukakan bukti awal sebab nanti defendan (Afreena) serang mereka (pemberi bukti),” katanya.