Pelawak Along Cham berkata dia terkejut apabila menerima bukti rakaman suara didakwa berkaitan kecurangan isterinya, Afreena Suhaimi yang akan dibentangkan di mahkamah 3 Julai ini.
Memetik Oh Bulan, Along berkata peguamnya sudah mendengar terlebih dahulu dan pelawak itu tidak menafikan apabila ditanya mengenai dakwaan bukti gambar Afreena menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki.
BACA: “Setiap Kali Kesalahan Terbongkar, Dia Desak Saya Ceraikannya” – Along
“Pada awalnya, saya sendiri terperanjat apabila mendengar rakaman tersebut, tetapi benda ini hakim perlu dengar. Peguam saya sudah dengar terlebih dahulu sebelum ditunjukkan depan hakim, bukannya secara tiba-tiba.
“Dia lupa yang dia berkahwin dengan artis. Ramai yang datang menyampaikan kepada saya. Saya dapat banyak maklumat tentang itu (curang), bekas suami dia pun ada bagi bukti serta orang yang pernah rapat dengannya,” katanya.
Sementara itu, Along mengakui ralat kerana tiada pihak memaklumkan mengenai sikap Afreena sebelum mereka berkahwin dan dia mahu melihat ‘plot twist’ daripada pihak isterinya.
“Saya sedikit ralat mengapa mereka tidak memberitahu saya tentang sikap Afreena sebelum kami berkahwin. Saya kahwin bukan untuk bercerai. Apabila semua ini sudah berlaku, nasi sudah menjadi bubur.
“Saya tidak mencari segala bukti, tapi Allah yang bantu. Termasuk rakaman suara itu dan perkara ini sangat membantu perjalanan kes,” katanya.
Sumber: Oh Bulan