Kisah Curang POV Ibu Sendiri, Lagu Baru Shila Amzah Buat Ramai Tersentuh

Penyanyi Shila Amzah tampil dengan lagu baru berjudul Pernah Punya Aku hasil ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila memuat naik video berkongsikan lagu tersebut adalah tentang kecurangan pengalaman yang dilalui oleh ibunya, Fauziah Sarman.

BACA: Shila Amzah Rindu Nyanyi Lagu Melayu

“Inspirasi kisah benar POV mak saya sendiri. Kisah-kisah kecurangan,” katanya.

Menurut Shila lagu tersebut mula dilancarkan di platform YouTube pada Ahad lalu serta berharap orang ramai sukakan lagu berkenaan.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga ibu bapa Shila apabila bapanya penyanyi Datuk ND Lala berkahwin dua. Rumah tangga ibu bapa Shila berakhir apabila Fauziah berkata lafaz cerai dibuat melalui Whatsapp.

×