“Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Saya Rapat”

Penyanyi Amira Othman mengakui aktor, Fattah Amin merupakan antara kawan lelaki yang paling rapat dengannya.

Memetik Utusan, Amira berkata hubungannya dengan Fattah hanya sekadar rakan sekerja dan disebabkan populariti aktor berkenaan membuatkan mereka menjadi perhatian.

BACA: Shahida Mohon Maaf, Aliff Syukri Tersasul Panggil Amira Othman Isteri Fattah

“Jika dalam industri, saya ada sahaja kawan lelaki lain yang rapat cuma mungkin tidak ramai. Fattah antara kawan lelaki yang saya rapat buat masa ini.

“Jika ditanya sejauh mana status hubungan kami, apa yang saya boleh katakan pun memang sekadar rakan seperjuangan.

“Mungkin kerana dia adalah Fattah Amin, peminatnya juga ramai. Jadi saya pun terkenalah tempiasnya jika dia memuat naik sebarang perkongsian,” katanya.

Sementara itu, Amira mengakui ada menerima jambangan bunga daripada rakan sekerjanya itu ketika berada di hospital akibat keracunan makanan namun tidak tahu niat Fattah berkongsikan gambarnya di Instagram.

“Betul, saya mengakui rakan sekerja (Fattah) ada bagi saya bunga. Tetapi saya ada menerima bunga daripada orang lain juga seperti klien. Biasalah, kalau orang datang melawat mesti bagi bunga.

“Berkenaan perkongsian dia di Instagram tempoh hari itu mungkin boleh tanya tuan badan sendiri kenapa dia buat begitu. Tapi, seperti apa yang Fattah tulis di kapsyen ‘semoga cepat sembuh rakan sekerja’. Jadi, perkara yang baik kita doakan,” katanya.

Sumber: Utusan

×