Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memilih untuk tidak membuka mulut mengenai soal hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq serta menyerahkan soal masa depan kepada Allah.
Memetik HibGlam, Bella berkata baginya tidak manis untuk wanita berkongsikan serta meminta mendoakan yang baik-baik sahaja.
BACA: Kongsi Satu Bekas Ramen, Netizen Doa Bella & Syed Saddiq Cepat Kahwin
“Perancangan masa depan saya serahkan kepada Allah . Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Bella perempuan, tak manis untuk kongsi apa-apa perancangan masa hadapan. Mohon doakan yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Bella meluahkan rasa syukur atas keputusan yang menyebelahi Saddiq serta menyifatkan ahli parlimen itu seorang lelaki yang jujur dan berani.
“Semua orang gembira. Rata-rata rakyat Malaysia mendoakan keputusan hari ini berpihak kepada YB. Alhamdulillah, doa semua termakbul.
“Dia memang seorang yang jujur, ikhlas dan berani. Apa yang dia buat selama ini bukan untuk nama, tetapi kerana niat yang bersih.Mungkin ini ganjaran Allah untuk keikhlasan dia selama ini,” katanya.
Sumber: HibGlam