Isu kenyataannya sebelum ini sudah reda, pelakon Saidah Kamarudin yang juga bekas tunang kepada Muntazar Ghufran tampil menafikan tuduhan terhadap dirinya.

Menerusi hantaran di Threads, Saidah turut bertanyakan adakah dia perlu berdiam diri atau dedahkan semuanya kerana sudah penat dengan fitnah dilemparkan.

BACA: “Dia Cuma Ada RM500” – Saidah Dedah Muntazar Tak Ada Duit Belum Layak Kahwin

Menurut Saidah, selama mereka menjalin hubungan Muntazar yang sukarela mahu menemaninya bukan dia yang memaksa, malah bekas tunangnya mengaku wangnya habis kerana ‘trading’.

“Saya ada bukti saya bayar dia. Dia volunteer nak teman saya, bukan saya paksa. Nama pun bercinta masa tu. Dia sendiri dah mengaku dia habis duit sebab loss trading, bukan sebab saya.

“Adakah masih saya yang pergunakan dia? Kenapa saya dilabel sebagai ‘gold digger’ sedangkan tiada emas pun untuk saya gali?” katanya.

Sementara itu, Saidah turut menjawab isu cincin emas Habib untuk pertunangan mereka yang dikatakan berjenama mewah. Saidah turut bersetuju apabila ada netizen mengatakan ‘gold digger’ tidak akan minta jenama tersebut.

“Bukannya saya minta tiffany & co. Tak faham orang yang percaya fake artikel saya dapat 23k sebulan tapi yang diungkit hanyalah mcd dan air kelapa,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×