Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata anaknya akan meragam setiap kali dia memuat naik hantaran video atau gambar di media sosial.
Memetik temu bual bersama Mingguan Wanita, Ayda berkata anaknya akan meragam selepas dia berkongsikan hantaran mereka dan mendapat pujian daripada netizen.
BACA: Ayda Jebat Tak Buat Kerja Rumah Sepanjang 4 Tahun Duduk Dengan Mentua
“Kalau pasal penyakit ain. Dulu saya tak tahu fasal penyakit ain ini. Tapi bila kita baca, kita imbau balik… betul, setiap kali saya post video anak saya.
“Contoh orang akan komen ‘baiknya, behave la dia, comel la dia, saya pun nak anak macam itu la’. Malam nanti atau esok pagi, dia akan buat perangai. Sampai kita rasa kenapa dia tak nak dengar cakap. Dia akan jadi berbeza dengan apa orang cakap,” katanya.
Menurut Ayda lagi, perkara itu berulang setiap kali dia memuat naik hantaran mengenai anaknya dan perasan apabila ada yang bercakap mengenai penyakit ain.
“Benda ini jadi berulang kali setiap kali saya post. Lepas itu saya cakap dekat Nabil, yang saya baru perasan orang cakap fasal ada penyakit ain ni.
“Setiap kali saya post, esok ke lusa ke, mesti ada sesuatu yang jadi. Saya terfikir juga kenapa ya. Contoh macam orang cakap ‘adik tembam la’, esoknya dia demam, lepas itu dia tak boleh makan,” katanya.
Dalam pada itu, Ayda berkata dia berhati-hati dalam memuat naik sesuatu namun adakalanya tidak dapat mengelak berkongsia mengenai anak-anak apabila melibatkan hal kerja.
“Betul kita kena berjaga-jaga untuk berkongsi. Tapi nak buat macam mana, kita bekerja dan memang anak-anak pun terlibat dalam kempen dan iklan.
“Kepada selebriti yang tak nak tayang anak sebab takut terkena penyakit ain, ia memang betul, bukan cerita bohong,” katanya.
SUMBER: Mingguan Wanita