Shila Amzah Rindu Nyanyi Lagu Melayu

Penyanyi Shila Amzah berkat rasa rindunya terubat untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu apabila dijemput untuk membuat persembahan dalam satu acara baru-baru ini.

Memetik Oh Bulan, Shila berkata lebih 10 tahun mencipta nama di China, dia sering menerima tawaran untuk membawakan lagu dalam bahasa Mandarin.

BACA: Shila Amzah Teruja Suami Belanja Gelang Raya RM12,000

“Bukan saya tidak suka di mana saya berada sekarang (penerimaan peminat Cina), tetapi sebagai penyanyi dan penggubah lagu kita ada jati diri sebagai anak Malaysia.

“Cuma malam ini, saya dapat menyanyikannya di hadapan peminat sehingga mula terbit perasaan rindu itu,” katanya.

Sementara itu, Shila berkata dia menyimpan hasrat untuk menghiburkan peminatnya dengan mendendangkan lagu-lagu yang pernah dipopularkannya antaranya ‘Patah Seribu’ dan Memori Tercipta’.

Bagaimanapun, kebanyakan penganjur menawarkan dirinya untuk melakukan konsert untuk menampilkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin kerana kebanyakan peminatnya berbangsa Cina.

“Saya boleh katakan, 80 hingga 90 peratus lagu yang perlu saya nyanyikan adalah dalam bahasa Mandarin. Kebanyakan peminat saya sekarang adalah berbangsa Cina. Ini disebabkan karier saya yang sudah memasuki tahun yang ke-10 di China.

“Namun jauh di sudut hati, karier saya bermula dengan lagu-lagu berbahasa Melayu. Jadi, saya mahukan sebuah konsert yang dapat menarik peminat lagu Melayu,” katanya.

Untuk rekod, Shila pernah menjuarai program Asian Wave yang dianjurkan di Shanghai, China pada 2012.

SUMBER: Oh Bulan

×